Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Custom Search

Sunday, February 1, 2009

PROGRAM PELANGGAN SETIA PFA

Rasanya masih belum terlambat untuk kami @ PFA mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada anda semua. Kami berdoa semoga tahun ini, semua para pelanggan kami yang setia akan beroleh lebih kejayaan dalam hidup masing-masing. Walaupun tahun ini di jangka ekonominya gawat, kami berharap agar anda semua tidak panik dan mengambilnya secara positif. Inilah masanya untuk anda semua menilai kembali perbelanjaan harian anda.

Bagi pelanggan kami yang telah mencuba pati haruman keluaran PFA, kami yakin anda berpuas hati dengan produk ini. Anda telah berjaya menjimatkan ratusan ringgit dari kocek anda dan dalam masa yang sama, masih kekal wangi sepanjang hari. Memang langkah yang bijak! Bagi yang masih ragu-ragu untuk mencuba, apa yang boleh kami katakan- ANDA TIDAK AKAN KECEWA DENGAN KUALITI PRODUK KAMI !! Jika tidak, masakan mungkin PFA boleh bertahan selama 3 tahun ini walaupun semakin banyak produk yang "seangkatan" dengannya tumbuh macam cendawan selepas hujan. Kami mempunyai ramai pelanggan setia yang membuat belian ulangan. Malah, ramai juga pelanggan yang pernah cuba "lari" dan membeli produk yang "sama tak serupa" kembali mencari PFA selepas mencuba beberapa jenis jenama yang ada di pasaran. Apa yang kami boleh katakan - "Hanya jauhari yang mengenal manikam..."

Ini kerana pati haruman PFA memenuhi keperluan harian semua pelanggan dari segi kualiti haruman & penjimatan wang. Tidak perlu berhabis ratusan ringgit. Cukup hanya dengan RM 28 sahaja, anda boleh berbau wangi sepanjang hari. Ratusan ringgit yang diperuntukkan untuk wangian tubuh sebelum ini bolehlah disalurkan ke tempat yang lain yang lebih berfaedah. Lebih-lebih lagi, di saat semua barangan naik harganya, PFA masih lagi mengekalkan harganya untuk tahun ketiga berturut-turut. Walaupun memang dari segi kos, harga wangian telah meningkat (dan akan meningkat lagi tahun ini), pihak PFA sedaya upaya bertahan dengan harga yang sedia ada untuk menjaga pelanggan-pelanggan kami seluruh Malaysia. Jadi anda tidak perlu risau! TIADA KENAIKAN HARGA untuk produk PFA untuk sekurang-kurangnya 6 bulan akan datang.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menambahkan penjimatan dengan menyertai keahlian PFA yang mula dilancarkan tahun ini. Pihak PFA kini memperkenalkan satu program baru yang di panggil "Program Pelanggan Setia PFA". Diskaun sehingga 15% menanti anda!. Anda boleh melayari laman web ini untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Program Pelanggan Setia PFA ini.

Kami juga prihatin dengan setiap permintaan dan komen anda semua. Kerana itulah, walaupun di saat gawat, PFA cuba mempelbagaikan variasi produk kami. Ini semua dibuat supaya anda mempunyai lebih poduk untuk dipilih. Bagi mereka yang sering melayari laman web kami, anda tentu boleh melihat beberapa perubahan di laman web PFA terutamanya dari segi produk. Pihak kami cuba untuk melebarkan bidang perniagaan kepada produk haruman rumah. Kami dalam proses akhir untuk perlaksanaannya dan Insya Allah, apabila semuanya selesai, kami akan membuat pelancaran produk baru @ PFA dan akan mewar-warkannya kepada anda!

Jadi, rajin-rajin menyemak laman web kami ok...
^_^

Salam wangi...

No comments: