Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Custom Search

Saturday, December 20, 2008

Bau Yang Memberangsangkan

Keseluruhan pancaindera memainkan peranan dalam meningkatkan kemesraan antara suami dan isteri, terutamanya apabila mahu melaksanakan nafkah batin. Pada asasnya, suami dan isteri perlulah menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan bau-bau yang kurang menyenangkan pasangan dan ini boleh membantutkan selera seksual pasangan.


Saya sendiri pernah berselisih dengan sama ada lelaki mahupun wanita yang mempunyai bau badan yang amat kuat. Jika tidak keterlaluan, bolehlah saya catat sebagai 'meloyakan'. Percaya atau tidak, besar kemungkinan mereka ini tidak sedar bahawa bau badan mereka 'menyengat' kerana hidung mereka sudah lali dengan bau tersebut. Ada baiknya jika kita punya bau badan yang hangit dan tengik dapat melakukan usaha bagi mengatasinya, agar bau tubuh lebih menyenangkan, apatah lagi apabila mahu bersama pasangan yang dicintai dalam rumahtangga.

RAHSIA BAU YANG MEMBERANGSANGKAN

Tempat Tidur Yang Wangi

Kebiasaannya wangian yang digunakan dalam produk-produk untuk mencuci pakaian (detergent atau softener) mempunyai bau yang menyamankan. Kaum wanita suka pada bau bunga ros, lily, vanilla dan lavender. Ada baiknya mencari wangian jenis ini dan menyemburkannya sedikit di tempat tidur bagi membangkitkan suasana yang memberangsangkan.

Tubuh Yang Wangi

Walaupun ada orang yang lebih suka jika pasangannya tidak mandi sebelum melakukan seks, secara umumnya mandi sebelum melakukan seks adalah lebih baik dan menyegarkan. Pada masa kini shower gel ataupun sabun yang punya aroma banyak ditawarkan di pasaran. Sebaik-baiknya pilih aroma yang disukai oleh diri sendiri dan pasangan.

Alat Sulit Yang Wangi

Bukanlah satu kemestian untuk meletakkan sedikit minyak wangi pada alat sulit, tapi ia adalah langkah yang bagus, terutamanya bagi kaum wanita yang baru suci dari haid. Terdapat juga produk cairan yang boleh dicampur air dan digunakan untuk membasuh alat sulit ketika buang air kecil. Walaupun 'bau asli' tubuh merupakan pembangkit syahwat yang penting, kita tidak tahu mungkin ada bau-bau yang tidak menyenangkan terselit antara bau-bau asli tersebut. Meletakkan wangian pada alat sulit eloklah dilakukan lebih awal, iaitu sekitar sejam dua sebelum melakukan persetubuhan.


KELEBIHAN JENIS WANGIAN

Wangi-wangian mempunyai kesan yang berbeza pada penghidunya. Berikut dicatat kesan-kesan menggunakan wangian jenis tertentu:

Bau Limau Nipis, Lemon atau Citrus dapat mengurangkan rasa letih dan bimbang serta melahirkan perasaan gembira dan tenang. Bau Bunga Ros dan Mawar adalah memberangsangkan, atau meningkatkan keghairahan kepada kaum wanita. Bau Bunga Kenaga juga dapat meningkatkan keghairahan seksual, begitu juga Sandalwood.

WANGIAN TERPAHAT DI INGATAN

Salah satu kelebihan wangian ialah ia akan terpahat dalam ingatan insan yang menghidunya. Maknanya jika anda memakai wangi-wangian bila bersama suami atau isteri, ianya akan menjadi aset yang akan menyebabkan pasangan anda ingat pada saat manis itu. Begitu juga sebaliknya, jika tubuh anda tidak menyenangkan, ianya akan diingat dan akan menjadi antara sebab mengapa pasangan anda tidak begitu gemar untuk bersama.

KESIMPULAN

Bau asli tubuh merupakan bau yang memberangsangkan dengan syarat ianya tidak bercampur dengan bau asing yang bersifat kurang menyenangkan. Jika pun bau asli tubuh bercampur dengan wangian, sebaik-baiknya wangian itu tidaklah terlalu kuat hingga menenggelamkan bau asli tubuh. Wangian yang baik akan bercampur dengan bau asli tubuh dengan kadar yang sederhana, kerana itulah ada pendapat yang menyatakan memadailah mandi menggunakan sabun wangi yang disukai baunya kerana ia adalah wangian yang dianggap tidak terlalu mengganggu bau asli tubuh sendiri dan tubuh pasangan.

Wallahua'lam

Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam.

Sumber : Permata Yang Hilang

No comments: