Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Custom Search

Monday, December 22, 2008

NCER Punyai Potensi Industri Minyak Wangi

ARKIB : 02/12/2008

PADANG BESAR 1 Dis. - Industri minyak wangi antara yang dikenal pasti berpotensi dilaksanakan di dalam kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), kata Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Bagi NCER, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini.

Menurutnya, minyak wangi bukan sahaja mendapat permintaan yang tinggi di dalam dan luar negara, malah harganya juga tinggi sehingga mencecah RM3,500 bagi setiap 12 mililiter (ml) di negara-negara di Timur Tengah.

"Industri minyak wangi adalah cadangan Perdana Menteri yang mahu kewujudan industri yang unik dan berpotensi dilaksanakan." katanya selepas melawat kilang pemprosesan pengeluaran pati gaharu, Hayat Green (M) Sdn. Bhd. di Batu Bertangkup, Chuping dekat sini, hari ini.

Di negara ini, katanya, tidak banyak syarikat yang mengusahakan pengeluaran pati gaharu bagi membuat minyak atar dan sekiranya ada, ia dilakukan secara kontrak dengan negara luar dan patinya dihantar ke sana seterusnya mendapat jenama di negara tersebut.

"Saya telah berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) (Datuk Seri Mohd Anuar Zaini) dan pengurusan NCER bagi memberi penekanan dalam projek penghasilan minyak atar ini dan projek lain yang sedang dilaksanakan," katanya.

Beliau juga akan berbincang dengan pemimpin utama di setiap negeri yang berada di bawah projek NCER bagi menyediakan tapak untuk dijadikan kawasan industri pengeluaran minyak wangi.

- Bernama

Sumber : Utusan Melayu Online

No comments: