Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Custom Search

Tuesday, December 23, 2008

Wangian Segak Maskulin

Oleh Yooga Rani Murugiah
yooga@hmetro.com.my

SEPERTIMANA pakaian, minyak wangi turut menjadi perhatian untuk menilai karektor dan keperibadian seseorang.

Malah, ia ada kalanya turut dikaitkan dengan status dan perwatakan si pemakainya. Justeru, pilihan tepat terhadap haruman bersesuaian boleh membantu diri tampil menarik setiap masa.

Bagi jejaka yang tidak begitu menggemari wangian berbau kuat namun masih mahu menonjolkan gaya segak dan sporty, haruman terbaru Dior Homme Sport ciptaan pereka minyak wangi Francois Demachy, antara pilihan di pasaran.

Minyak wangi itu menampilkan pelakon Hollywood popular, Jude Law sebagai ikon fesyennya, menterjemahkan gaya kontemporari dan sporty.

Menurut Demachy, haruman terbaru Dior meneruskan kesinambungan dalam mencipta haruman yang bukan saja bersesuaian dan bermutu tinggi tetapi menambahkan lagi gaya maskulin lelaki.

Katanya, jika lelaki dulu gemar menampakkan daya tarikan semata-mata, tetapi Dior Homme Sport mampu menonjolkan aliran lelaki alaf baru yang inginkan sesuatu berbeza.

Haruman Dior Homme Sport menggunakan pelbagai ramuan semula jadi yang dihasilkan menerusi gabungan kesegaran bauan lemon dan halia selain haruman lembut seperti rosemary.

Haruman baru ini boleh didapati di semua kaunter Dior mulai Januari 2009.

Tip pemakaian haruman:

Setiap minyak wangi mempunyai bau tersendiri. Elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis minyak wangi pada masa sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.

Kenal pasti tempat atau bahagian tubuh sesuai yang perlu dikenakan minyak wangi. Antara tempat paling sesuai adalah di bahagian belakang telinga, tengah bahagian dada, pergelangan dan nadi pada sendi tangan.

Elak menyembur secara langsung pada bahagian ketiak, wajah atau rambut.

Bagi mengekalkan kesegaran haruman sepanjang hari, sembur antara empat hingga lima jam sekali.

Untuk mereka yang tidak serasi atau sensitif terhadap minyak wangi, cuba gunakan bau lebih ringan.

Sumber : Metro Online

No comments: