Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Custom Search

Tuesday, December 16, 2008

Tampil Wangi Satu Tuntutan.

Berita Harian- Ikon- Tampil wangi satu tuntutan

Oleh Haswari Ali

Sabda Rasulullah S.A.W: " Hendaklah kamu mandi pada hari Jumaat dan basuhlah kepala, sekalipun kamu tidak junub dan pakailah bau-bauan ... (Riwayat Al-Bukhari )


Telah diriwayatkan oleh Saidina Umar AS bahawa dia berkata: " Barangsiapa yang membelanjakan 1/3 daripada hartanya untuk bau-bauan yang harum maka tidaklah ia membazir .." (Riwayat Al- Bukhari & Muslim)


SABDA dan riwayat yang dipaparkan di atas, sudah cukup membuktikan bahawa sejak di zaman Rasulullah lagi, umat manusia digalakkan memakai bau-bauan atas tujuan mulia selain sebagai menjaga penampilan diri.

Jadi tiada lagi alasan, mengapa seseorang itu perlu mengelak daripada berbau wangi, ketika di tempat awam, di rumah atau bersama rakan taulan.

Takkan anda ingin dipandang sinis hanya kerana badan berbau? Tentu sekali tidak bukan?

Perubahan zaman, memperlihatkan semakin banyak lambakan haruman hadir di pasaran dunia. Sama ada dari klasi!kasi Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan). Mana satu pilihan hati?

Pilihan semakin tidak menentu dengan adanya haruman daripada bunga-bungaan, sari daripada kulit kayu, dedaun, biji benih, buah-buahan, damar, haiwan dan bahan sintetik yang selalunya juga menjadi pilihan.

Kepelbagaian ini juga menyebabkan pengguna lebih bersifat selektif dengan memilih dari yang berjenama saja, sedangkan hakikatnya kesesuaian sesuatu haruman terletak pada kombinasi haruman berkenaan dengan bau badan seseorang individu.

Namun, di atas permintaan yang semakin meluas, terdapat banyak kajian dan penyelidikan dijalankan oleh saintis antarabangsa juga tempatan bagi mendapatkan penemuan terbaru sari serta bahan untuk menghasilkan haruman.

Ini termasuklah penemuan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Dekan Pusat Pengajian Siswazah UKM, Prof Datuk Laily Din yang pernah mengenal pasti daun kesum mempunyai potensi besar untuk dijadikan haruman.

Beliau yang ditemui i-Kon baru-baru ini berkata, penemuan itu membawa kembali lebih banyak penyelidikan terhadap tumbuhan yang berada di iklim tropika seperti Malaysia.

Ini kerana daun kesum di tanah kita mempunyai dua komponen tambahan yang tidak ada pada spesis daun kesum lain. Dari kelebihan itu jugalah, ia sesuai dijadikan bahan utama membuat haruman.

Seperti juga bunga melur. Hanya bunga melur di Filipina saja sesuai dijadikan bahan utama membuat minyak wangi disebabkan kelebihan yang ada padanya.

Oleh kerana itulah saya gelarkan industri minyak wangi sebagai satu seni, terutama sekali ketika proses percampuran bahannya,? katanya.

Prof Dr Laily menambah, selain daun kesum, pihaknya membuat penyelidikan terhadap satu spesis cendawan iaitu Lichens yang juga mempunyai potensi besar dijadikan minyak wangi.

Penyelidikan Prof Laily itu nampaknya telus, apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi), turut mendapati kesum, nilam, selasih, serai wangi, tea-tree, selasih, kayu manis dan limau purut sesuai dijadikan tanaman minyak pati secara komersial.

Timbalan Pengarah Analisis Makmal dan Kualiti, Program Jaminan (AP), Ahmad Ab Wahab, dalam satu kenyataan berkata penggunaan minyak pati paling ketara dalam pembuatan barangan peribadi seperti minyak wangi, alat solek, syampu dan aromaterapi; serta industri makanan dan minuman termasuk membuat kuih, makanan segera dan minuman ringan.

Sumber : www.patiperfume.com

No comments: