Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Custom Search

Tuesday, December 16, 2008

Tips Memilih Wangian Serasi Dengan Diri

Setiap orang mempunyai pewangi kegemaran tetapi adakah pewangi kegemaran itu dipilih kerana baunya atau anda rasa itulah bau terbaik untuk anda?

Wangian yang dapat membangkitkan personalti diri bukan semata-mata mengikut kegemaran anda. Ia lebih daripada itu. Wangian haruslah yang dapat menyerlahkan personalti, keghairahan dan cirri-ciri seseorang. Ia juga boleh jadi sesuatu yang menenagkan dan membangkitkan sensasi pemakai.
Pastikan anda mencuba wangian selama sehari sebelum membeli. Ini kerana bauan itu boleh berubah mengikut peredaran waktu.
Jangan membeli pewangi berdasarkan bauan yang dipakai oleh teman anda. Hal ini kerana kimia dalam tubuh setiap orang berbeza.


Semburan pewangi akan tahan lebih lama pada kulit berminyak, manakala kulit kering perlu menyemburnya dua kali.


Perubahan dramatik pada diet anda juga menyebabkan bau wangian menjadi berbeza.


Kebanyakan kaunter minyak minyak wangi mempunyai serbuk kopi. Selepas menyembur pewangi, hidu serbuk kopi untuk menghilangkan bau sebelumnya.


Membeli minyak wangi pilihan dengan harga yang paling berpatutan.


Jauhkan minyak wangi daripada sinar matahari dan kepanasan. Sinar matahari dan kepanasan dan mengubah bau minyak wangi anda.
...
Langkah Memilih Pewangi
..
1 Kenali pewangi yang sesuai

Jika anda tidak dapat tahan dengan bauan bunga-bungaan, anda mungkin tidak dapat memilih pewangi jenis ini. Senaraikan pewangi yang anda suka. Tidak salah jika memilih pewangi yang baunya jarang menjadi pilihan.

2 Ketahui kategori wangian
Antaranya bauan segar seperti sitrus dan alami. Bau alami seperti kayu dan bunga seperti ros dan jasmine dan oriental seperti rempah ratus dan vanilla.

3 Menghidu
Jika anda telah ketahui wangian serasi tubuh, langsung ke kaunter pembelian. Jangan malu untuk bertanya pada jurujual mengenai wangian pilihan anda itu. Jika sudah ditemui terus tanyakan contoh pewangi yang boleh anda miliki.

4 Senaraikan pewangi yang diingini
Sebaik sahaja tiba di rumah, anda boleh mengkaji pewangi manakah yang lebih sesuai. Jangan lupa untuk menilai sekali harga pewangi, pastikan pembelian anda berbaloi.

5 Cuba pewangi yang digemari
Amatlah penting untuk mencubanya kerana bau minyak wangi di dalam botol atau wangian yang disemburkan mungkin enak baunya. Dan sebaliknya apabila disemburkan ke kulit anda. Hal ini kerana dipengaruhi oleh kimia pada tubuh. Sukar untuk mencari sampel minyak wangi, cuba mencarinya melalui ebay.

6 Tanya pendapat kawan
Selepas menyembur wangian ke tubuh cuba Tanya pendapat teman-teman. Wangian serasi tubuh selalunya member kesegaran dan menyelesakan keadaan persekitaran. Manakala sesetengah pewangi member bau yang berbeza bergantung kepada cuaca dan kekerapan persekitaran.

7 Sertai kelab pencinta minyak wangi
Jika anda menggemari wangian yang luar biasa baunya, cuba sertai forum penggemar minyak wangi. Anda mungkin boleh mendapatkan pandangan mengenai bau pewangi dari Negara-negara lain ataupun indie perfume.

8 Semburkan pewangi dengan penuh bangga
Anda pasti berasa hebat dan penuh berkeyakinan jika dapat mencari pewangi serasi tubuh.

Sumber : http://www.smartperfumes.wetpaint.com/

No comments: