Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Custom Search

Monday, December 29, 2008

Pesona Haruman Dior

HARUMAN hebat membangkitkan kesegaran serta meningkatkan keyakinan dan personaliti diri.

Begitulah wanita dan minyak wangi bagaikan satu kombinasi menarik dan saling memerlukan. Setiap kali melangkah keluar rumah, minyak wangi menjadi kemestian untuk tampil anggun dan mempesona.


Semerbak haruman pada tubuh bukan saja menjadikan kehidupan menjadi ceria, tetapi membuatkan hari lebih bermakna.

Tiada siapa dapat menyangkal keasyikan sesuatu haruman minyak wangi lantas bagi penggemar minyak wangi, setiap haruman cukup istimewa dan mempunyai sentimen tersendiri.

Diilhamkan untuk wanita moden dan glamor, wangian Dior, J'adore L'absolu ternyata mempunyai tarikan.

Minyak wangi direka pakar minyak wangi Dior, Francois Demachy, menerbitkan bauan bunga oriental dengan haruman memikat dan memberikan suasana kedamaian pada diri.

Dengan sentuhan jiwa moden, semburan J'adore L'absolu membawa elemen seksi, manakala warnanya begitu eksotik dan membangkitkan kemanisan pada si pemakainya.

Antara rumusan sensasi ada pada haruman baru ini adalah gabungan bunga melur Arab, bunga ylang ylang yang boleh didapati di kebanyakan negara tropika, bunga tuberose dan bunga ros Turki yang nyata membangkitkan kesegaran.

Sesuai sentuhan haruman diva, wangian J'adore L'absolu didatangkan dalam bekas gaya kontemporari mewah.

Warna keemasan botolnya menarik tumpuan dari jauh manakala kotaknya menonjolkan ia wangian personaliti yang bergaya dan mesti dimiliki.

Bagi peminat koleksi wangian Ralph Lauren, rangkaian minyak wanginya sentiasa diperbaharui dengan bau, warna menarik selain didatangkan dengan rekaan bekas lebih unik.

Istimewa buat wanita, jenama wangian terkenal itu memperkenalkan koleksi haruman terbaru Notorious yang didatangkan dalam botol menarik.

Minyak wangi itu antara lain digabungkan menerusi campuran bunga, buah dan rempah seperti bergamot, anggur, coklat serta vanila.

Menerusi semburan yang kekal lama, diri seakan dibuai mimpi indah dan memberikan kedamaian.

Untuk minyak wangi J'adore L'absolu, ia didatangkan dalam bekas 50 mililiter (ml) pada harga RM300 dan boleh didapati di semua kaunter Dior.

Koleksi Notorious pula didatangkan dalam bekas 50ml pada harga RM239 dan 75ml (RM300) serta losyen badan 200ml (RM159) yang boleh didapati di semua gedung beli-belah terkemuka.

Sumber : Harian Metro Online

No comments: